Pemilihan coklat yang baik adalah perkara yang
pertama perlu dilakukan sebelum menghasilkan coklat buatan tangan yang berkualiti. Menurut
pakar coklat, ciri-ciri coklat yang bagus boleh dinilai dari segi permukaan
coklat yang licin dan berkilat, bau coklat yang jelas, rasa
coklat yang lembut dan mudah cair di dalam mulut dan bunyi ‘snap’
apabila coklat dipatahkan. Jadi, untuk menghasilkan coklat yang sedemikian, pemilihan coklat
yang betul adalah penting sebelum memulakan proses pembuatan coklat buatan tangan.
1. Pastikan coklat yang anda
gunakan mengandungi 40% atau lebih cocoa solids.
Kandungan cocoa solids yang
tinggi akan meningkatkan lagi rasa koko dalam coklat yang digunakan.
2. Jika menggunakan coklat
Couverture, kandungan cocoa butter dalam coklat tersebut seelok-eloknya
mengandungi 32% atau lebih.
Kandungan cocoa butter yang
tinggi akan membuatkan coklat tersebut mudah cair dan lembut bila
berada didalam mulut.
3. Pastikan cocoa butter
tersenarai sebagai bahan kandungan dalam coklat putih.
Coklat putih kebiasaannya gabungan gula, pepejal
tenusu dan pelbagai jenis lemak (bukan cocoa butter). Untuk mendapatkan
coklat putih yang berkualiti, cari cocoa butter sebagai salah
satu kandungan coklat tersebut kerana cocoa butter akan memberikan rasa kecoklatan
pada coklat putih tersebut.
Terdapat
banyak coklat berkualiti berada dipasaran yang boleh anda cuba. Tapi ada 2
coklat yang saya cadangkan kepada anda untuk anda cuba.
1.
Lindt Excellence 70% Cocoa


Tidak ada komentar:
Posting Komentar